Pernah dengar tak tentang tautan hati? Bila orang sana sakit, Allah akan gerakkan hati awak untuk turut sama rasa sakit dan bila orang sana sedih, Allah akan hadirkan juga perasaan sebak tu -- Aku tak tahu sama ada orang lain pernah rasa tapi aku pernah rasa macamana. Bila orang sana ada apa-apa masalah, hati aku tersentuh, it was like some kind of instinct. Kami terpisah antara negara. Aku tak fikirkan dia pun, aku buat kerja macam biasa tapi tiba-tiba akan rasa nak menangis.
Dan aku tahu, perasaan sedih ni, sebak ni, sakit ni bukan dari diri sendiri. Taktahu nak terangkan macamana. Ini semua sebab sayang ke? Ya Allah, hati ni lagi-lagi lah. Kenapa terasa orang kat sana ada masalah? Senget kan?
Perasaan ni sangat menyeksakan sebab memang taknak ambil tahu apa-apa pasal dia. Aku taknak tahu dia mati ke, hidup ke sebab aku takde medium untuk menghubungi dia. Allah kan medium kita? Tapi, aku dah tadek hati, hehe.
Perasaan cinta tu, bukannya kita nak. Tak pernah minta tapi tetap datang -- inilah fitrah. Aku ni bukan jenis mudah... hehe so kalau kena, akan sakit dan sakit. Dan akan larikan diri so jadi senget sebentar. Malu. Mestilah malu, boleh pulak teringat kat dia, rindu kat dia. Dan, bila break up sesama manusia ni, menyakitkan dan kalau nak sembuh, it takes time. Boleh sembuh, Allah kan ada, luahlah semua :)
Aku pernah ditanya dan dijadikan tempat meluahkan perasaan oleh seorang sister yang aku kenal semasa sama-sama berMukhayyam Khariji (camping usrah Ikram) dulu. Dia pernah cakap, dia akan tunggu lelaki yang dia suka tu. Dia takut kalau dia kahwin, dia tak boleh nak cintakan lelaki lain macam di cintakan kekasihnya yang dulu. Inilah bahayanya cinta. Letakkan cinta pada tempat yang betul. Kalau tak letakkan sesuatu pada tempat yang betul, itukan zalim namanya. Susahnya nak belajar mencintai seseorang, haha. Macam paksa diri untuk suka certain subjek yang susah tahap gaban, macam nak completekan game candy crush level 33, yang sangat amat terlalu susah. Anyway, belajar subjek ke, belajar untuk mencintai ke, untuk apa semua tu? Sebab hobi? Sebab suka? Eh taklah, sebab PERLU kerana Allah.
Satu lagi, dalam bersahabat, ramai lelaki yang mudah buat baik dengan perempuan. Ramai yang aku jumpa, dan berkawan. Tapi adakah itu tanda diorang cintakan aku? Tidak anak-anak, tidak sama sekali. Semua itu adalah atas dasar persahabatan semata-mata. Ini pesanan ikhlas tanpa caj berbayar : jangan mudah rasa terharu untuk mencintai dan terus mendambakan seseorang yang so-called-special. Naturalkan hati. Kalau nak jugak lah terharu tu kan, alihkan rasa terharu itu kepada Allah, "Ya Allah, Kau Maha Penyayang kerana hadirkan aku sahabat-sahabat yang sangat baik hati dan sentiasa suka menolong. Terima kasih ya Allah, sayangilah mereka...". Ada seorang sahabat lelaki aku berikan aku MP3 - so what do you expect? Confirm sangat ramai cakap yang sahabat ni sukakan aku, cintakan aku yadda yadda yadda. Sesungguhnya tidak wahai rakyat jelata sekalian. Dia memang sangat baik dengan semua orang. Memang dia jenis baik macamtu, nak buat macamane lagi? Ottoke? Dan hati aku ni, tadeklah terharu sampai nak jatuh cinta. Cinta tu berputik bukan sebab material tapi hadir secara semulajadi. And because of that aku belikan dia sebuah buku. Dia memang tak suruh bayar tapi, orang berbudi, kita pun kena berbudi.
Teringat aku kepada pengisian satu talk di IIUM Kuantan, ada seorang brother ni cakap, orang perempuan ni, kalau dia dah jatuh cinta, dia akan sayang sesayangnya. Dia akan setia. Kalau dia jatuh cinta pada seorang lelaki dan lelaki itu adalah cinta pertamanya, dia akan kenang lelaki tu sampai bila-bila, selamanya, forever and ever (here, saya bangkang yang berhormat sebab tak semua orang sama). Didatangkan kisah Asiah, semasa Asiah diseksa oleh Firaun, apa yang Asiah minta? Asiah minta pada Allah sebuah mahligai di syurga dan Asiah tak minta pun suami yang soleh temankan dia. Sebabnya, kata brother ni lah, sebabnya Firaun masih bertakhta di hati Asiah, wallahu'alam. Aku dalam dua, nak percaya ke tak tapi kenyataan ni sangat menghempuk.
Okay entry macam dah panjang sangat.
p/s entry lama, tahun 2013. xo
1 comment:
nice :)
Post a Comment