Semalam saya menonton Beautiful Creatures. Sedih k sedih T.T
Terjumpa satu entry dalam draft and it is the most cliche and corny entry I ever write. So bila nak scroll down entry ni, sediakan baldi untuk muntah if you do think my words are too cheesy. I was a person like this before, main bahasa bunga-bunga seperti bunga tahi ayam. Seriously. Shall we begin? Oh, and the subject doesn't exist in my life anymore, note that.
Penah dengar tak tentang tautan hati? Bila orang sana sakit,Allah akan gerakkan hati awak untuk turut sama rasa sakit dan bila orang sana sedih, Allah akan hadirkan juga perasaan sebak tu - saya tak tahu sama ada orang lain pernah rasa tapi saya pernah rasa macamana. Bila orang sana ada apa-apa masalah, hati saya tersentuh, it was like some kind of instinct. Kami terpisah antara negara. Saya tak fikirkan dia pun, saya buat kerja saya macam biasa tapi tiba-tiba saya akan rasa nak menangis. Saya tahu, perasaan sedih ni, sebak ni, sakit ni bukan dari diri saya. Saya taktahu nak terangkan macamana. Ini semua sebab sayang ke? Ya Allah, hati ni lagi-lagi laaa. Kenapa terasa orang kat sana ada masalah? Senget kan?
Perasaan ni sangat menyeksakan sebab saya takanak ambil tahu apa-apa pasal dia. Saya taknak tahu dia mati ke, hidup ke sebab saya tadek medium untuk menghubungi dia. Allah kan medium kita? Tapi, saya dah tadek hati, hehe. Saya pernah cakap kat Allah,
"Allah, Kau hilangkanlah tautan hati ini. Jangan biarkan hati aku ini tersentuh lagi pada keadaannya. Lenyapkanlah dia dari ingatanku. Susah sangat nak tahu perihal dia, maka hilangkanlah semuanya. Jangan biarkan hati ini terdetik untuk mengambil tahu perihal dia. Jangan biarkan hati ini resah bila tahu keadaan dia yang ada masalah. Jangan sentuhkan hatiku untuknya. Perasaan ini membuatkan aku menderita ya Allah... maafkan aku. Hilangkanlah perasaan ini supaya aku tak malu untuk menghadap-Mu."
Perasaan cinta tu, bukannya kita nak. Tak pernah minta tapi tetap datang - inilah fitrah. Saya ni bukan jenis mudah... hehe so kalau kena, akan sakit dan sakit. Dan akan larikan diri so jadi senget sebentar. Maka dari dulu, cakap kat hati, "Hati sayanggg, elok-elok berjalan, jangan sakit lagi dan jangan malukan lagi diri depan Allah" Mestilah malu, boleh pulak teringat kat dia, rindu kat dia. Eh, pada Allah ada perasaan yang sama tak? Rasa rindu dan cinta pada Allah tu melebihi rindu dan cinta kepada si dia tak? Sebenarnya cakap macamtu untuk kukuhkan hati dan juga niat. Dan, bila break up sesama manusia ni, menyakitkan dan kalau nak sembuh, it takes time. Boleh sembuh, Allah kan ada, luahlah semua :)
Saya pernah ditanya dan dijadikan tempat meluahkan perasaan oleh seorang sister yang saya kenal semasa sama-sama berMukhayyam Khariji dulu. Dia pernah cakap, dia akan tunggu lelaki yang dia suka tuu. Dia takut kalau dia kahwin, dia tak boleh nak cintakan lelaki lain macam di cintakan kekasihnya yang dulu. Allah, inilah bahayanya cinta. Letakkan cinta pada tempat yang betul. Kalau tak letakkan sesuatu pada tempat yang betul, itukan zalim namanya. Cinta... adakah cinta tu boleh dipupuk? Boleh disemai? Tak kenal maka tak cinta kan? Tak kenalAllah maka takkan cintakan Dia. Sama juga jika seseorang yang akan hadir dalam hidup kita nanti sebagai kekasih yang halal, cubalah mencintai dan tanyakan pada diri, "Cinta ini kerana nafsu atau kerana Allah?". Susahnya nak belajar mencintai seseorang, haha. Macam paksa diri untuk suka certain subjek yang susah tahap gaban, macam nak completekan game candy crush level 33, yang sangat amat terlalu susah. Anyway, belajar subjek ke, belajar untuk mencintai ke, untuk apa semua tu? Sebab hobi? Sebab suka? Eh taklah, sebab PERLU kerana Allah.
Satu lagi, dalam bersahabat, ramai lelaki yang mudah buat baik dengan perempuan. Ramai yang saya jumpa. Tapi adakah itu tanda mereka mencintai saya? Tidak anak-anak, tidak sama sekali. Semua itu adalah atas dasar persahabatan semata-mata. Ini pesanan ikhlas tanpa caj berbayar : jangan mudah rasa terharu untuk mencintai dan terus mendambakan seseorang yang so-called-special. Naturalkan hati. Kalau nak jugak lah terharu tu kan, alihkan rasa terharu itu kepada Allah, "Ya Allah, Kau Maha Penyayang kerana hadirkan aku sahabat-sahabat yang sangat baik hati dan sentiasa suka menolong. Terima kasih ya Allah, sayangilah mereka...". Ada seorang sahabat lelaki saya berikan saya MP3 - so what do you expect? Confirm sangat ramai cakap yang sahabat ni sukakan saya, cintakan saya yadda yadda yadda. Sesungguhnya tidak wahai rakyat jelata sekalian. Dia memang sangat baik dengan semua orang. Memang dia jenis baik macamtu, nak buat macamane lagi? Ottoke? Dan hati saya ni, tadeklah terharu sampai nak jatuh cinta. Cinta tu berputik bukan sebab material tapi hadir secara semulajadi. And because of that (dan oleh kerana itu) saya belikan dia sebuah buku tazkiyatun nafsu. Dia memang tak suruh bayar tapi, orang berbudi, kita pun kena berbudi. Lagipun, buku tu banyak mengajar hati saya so I wish he'll get something from that book too :)
Teringat saya kepada pengisian satu talk di IIUM Kuantan, ada seorang brother ni cakap, orang perempuan ni, kalau dia dah jatuh cinta, dia akan sayang sesayangnya. Dia akan setia. Kalau dia jatuh cinta pada seorang lelaki dan lelaki itu adalah cinta pertamanya, dia akan kenang lelaki tu sampai bila-bila, selamanya, forever and ever (here,saya bangkang yang berhormat. tak semua orang sama). Didatangkan kisah Asiah, semasa Asiah diseksa oleh Firaun, apa yang Asiah minta? Asiah minta pada Allah sebuah mahligai di syurga dan Asiah tak minta pun suami yang soleh temankan dia. Sebabnya, kata brother ni lah, sebabnya Firaun masih bertakhta di hati Asiah, wallahu'alam. Saya dalam dua, nak percaya ke tak tapi kenyataan ni sangat menghempuk saya laaa.
Okay entry macam dah panjang sangat.
p/s Sentiasalah cakap kat ibu mama umi emak, "doakan anakmu ini dapat suami yang soleh". Doa ibu sangat superb dan mujarab jiddan!^^